Monday, October 25, 2010

peperiksaan akhir tahun ting1 dan 2 bermula...

minggu ni peperiksaan akhir tahun ting 1 dan 2 bermula. tapi subjek mate akan bermula minggu depan. aku risau betul ngan budak2 kelas aku. takut peratus lulus menurun teruk... arap2 lah bdk2 harapan aku lulus dan peratusnya meningkat. kepada semua pelajar kelas 1 Cekal, 1 Dedikasi, 1 Tekad dan 1 Yakin, cikgu ucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan selamat menjawab soalan. buatlah ulangkaji soalan2 yang cikgu bagi....semoga lulus dengan cemerlang!

Thursday, October 14, 2010

Hari Penentuan...

ari ni petang ni, aku akan bermain bola jaring bersama pasukan sekolah ku STMI dalam pertandingan bola jaring peringkat zon bukit gambir. hehehe...cam tak caya plak aku ni boleh main bola jaring. padahal aku sejak sekolah dulu memanglah kaki bangku...lagi2 lah bola jaring. tapi entahlah mgkin dah rezeki aku kot, tua2 ni baru dapat main bola jaring...hehehe. mm..tak pe petang ni aku akan buktikan walaupun aku bukan yang terbaik, tapi cukuplah aku ni ada bakat jgk dalam permainan bola jaring ni. jd petang ni bertempat di padang STMI, pasukan guru2 STMI akan beraksi dalam pertandingan bola jaring...NANTIKANLAH KEHEBATAN KAMI!!!... STMI Boleh!!!

Wednesday, October 13, 2010

Selamat kembali menulis...

Salam...lama dah aku tak menulis dalam blog ni. bukannya apa sibuk je memanjang. hehehe...
aku pun sekarang dah bertugas di sekolah lain, tapi dalam daerah yang sama jugak. bukan mintak pindah tapi diarahkan berpindah. nak wat cam ne dah tugas kan. kenalah menurut perintah... sekarang di sekolah baru, aku dah dapat menyesuaikan diri aku. ramai guru-guru kat sini membantu. tapi di sebabkan aku ni pendiam orangnya, jadi lambat lah sikit aku rapat ngan diorang suma...hehe...ingat lagi aku masa mula-mula posting kat STTA dulu cam tu jgak. lama-lama baru bole ngam n mesra....tapi bila dah mesra,tup tup kena tukar plak. frust betul aku masa tu...kecewa sesangat... pada kwan2 kat STTA tu, aku rindu sgt2 kat diaorang suma... mmmmuahhh!!!

Tuesday, January 6, 2009

selamat kembali ke sekolah...

salam...
selamat kembali ke sekolah... dah mula sibuk masuk kelas n uruskan kelas. tahun ni aku jd guru tingkatan 5 sains tulen plak...mencabar btl rasanya...hehe...
ajar add math form4 n math moden form4 n form5....tak ajar math form1 lagi. tapi kekal ajar pendidikan seni form1...
azam tahun ni nak tingkatkan skill pengajaran dalam kelas n tingkatkan motivasi dlam diri sendiri...mg2 tercapai...amin...

Tuesday, September 23, 2008

hari ke-23...

Dah lama tak menulis...tak de masa. sekarang ni sibuk menanda kertas percubaan SPM. ni tgh tension la ni...bdk2 jawab tah apa2...tak tau lagi apa nak kata. dah banyak bagi latihan n nasihat tapi masih cam tu jgk. tapi alhamdulillah, adalah sorang dua yang dah dengar kata...sekurang-kurangnya adalah juga pengubat hati ni...
Ari ni masuk ari ke-23 puasa. tinggal 7 hari lagi nak raya. persiapan ala kadar je. kuih2 pakai tunjuk je...hehehe. baju2 raya dah siap. baju raya aiman pun dah beli. tapi nak beli lagi...yelah tahun ni tahun pertama raya ngan aiman. seronok rasanya. mmm mungkin cam tu jgk perasaan org tua kita ye kalau dapat raya ngan anak2nya. tahun ni tahun ke 11 aku raya tanpa mak. lama dah mak pergi...bila time raya dulu arwah mak yang paling sibuk. rindu plak rasanya pada arwah. Al-Fatihah...smg roh arwah sentiasa dicucuri rahmat selalu. Amin.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Monday, September 8, 2008

hari ke-8 puasa...

Hai...lama tak post... ari ni baru ada masa nak menulis... hari ni hari ke-8 puasa... setakat ni tak ponteng lagi...hehehe. so, tak de apa nak citer...sbb skrg ni bulan puasa kan. jd hayatilah bait2 ayat di bawah ini;
" Moga2 Allah jadikan pagimu cahaya,
Zohor mu gembira,
Asar mu bahagia,
Maghrib mu keampunan,
Isyak mu keberkatan,
Doamu tidak ditolak dan diluaskan rezeki mu,
Serta ianya tidak diambil balik,
Dan di buka pada mu pintu syurga tanpa sempadan..."
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Monday, August 25, 2008

citer cuti sekolah...


cuti sekolah yang lepas aku tak g mana2 pun...huhuhu...jaga aiman kat ruma...

tapi seronok sebab dapat layan kerenah aiman...hehehe...

aiman dah pandai duduk walker n jalan2 keliling ruang rumah...hehe seronok betul dia...

ari selasa ari tu g kelas tuisyen 5STK, ok la...wat ulangkaji soalan2 periksa tahun lepas...

ari khamis plak g periksa PTK...hehehe...punyalah susah soalannya...dah lah tak bc buku langsung,tapi tawakal jelah jawab. mintak2 luluslah...hehehe. maklumlah kali pertama ambik peperiksaan ni.