Tuesday, September 23, 2008

hari ke-23...

Dah lama tak menulis...tak de masa. sekarang ni sibuk menanda kertas percubaan SPM. ni tgh tension la ni...bdk2 jawab tah apa2...tak tau lagi apa nak kata. dah banyak bagi latihan n nasihat tapi masih cam tu jgk. tapi alhamdulillah, adalah sorang dua yang dah dengar kata...sekurang-kurangnya adalah juga pengubat hati ni...
Ari ni masuk ari ke-23 puasa. tinggal 7 hari lagi nak raya. persiapan ala kadar je. kuih2 pakai tunjuk je...hehehe. baju2 raya dah siap. baju raya aiman pun dah beli. tapi nak beli lagi...yelah tahun ni tahun pertama raya ngan aiman. seronok rasanya. mmm mungkin cam tu jgk perasaan org tua kita ye kalau dapat raya ngan anak2nya. tahun ni tahun ke 11 aku raya tanpa mak. lama dah mak pergi...bila time raya dulu arwah mak yang paling sibuk. rindu plak rasanya pada arwah. Al-Fatihah...smg roh arwah sentiasa dicucuri rahmat selalu. Amin.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Monday, September 8, 2008

hari ke-8 puasa...

Hai...lama tak post... ari ni baru ada masa nak menulis... hari ni hari ke-8 puasa... setakat ni tak ponteng lagi...hehehe. so, tak de apa nak citer...sbb skrg ni bulan puasa kan. jd hayatilah bait2 ayat di bawah ini;
" Moga2 Allah jadikan pagimu cahaya,
Zohor mu gembira,
Asar mu bahagia,
Maghrib mu keampunan,
Isyak mu keberkatan,
Doamu tidak ditolak dan diluaskan rezeki mu,
Serta ianya tidak diambil balik,
Dan di buka pada mu pintu syurga tanpa sempadan..."
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Monday, August 25, 2008

citer cuti sekolah...


cuti sekolah yang lepas aku tak g mana2 pun...huhuhu...jaga aiman kat ruma...

tapi seronok sebab dapat layan kerenah aiman...hehehe...

aiman dah pandai duduk walker n jalan2 keliling ruang rumah...hehe seronok betul dia...

ari selasa ari tu g kelas tuisyen 5STK, ok la...wat ulangkaji soalan2 periksa tahun lepas...

ari khamis plak g periksa PTK...hehehe...punyalah susah soalannya...dah lah tak bc buku langsung,tapi tawakal jelah jawab. mintak2 luluslah...hehehe. maklumlah kali pertama ambik peperiksaan ni.



Wednesday, August 13, 2008

sehari di sm sains...

semalam aku pergi ke SM Sains, Muar untuk pemurnian soalan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 bagi subjek matematik tambahan... masa makan tengahari, kami terpaksa pergi ke dewan makan yang letaknya adalah dalam 10 minit perjalanan. nasib tak baik,masa tu ujan telah turun dengan lebatnya...bole dikatakan ribut lah,angin kuat sangat... jadi kiranya cam adventure lah masa nak g makan tu...suasana angin,ujan lbt,kawasan2 rendah plak dah banjir...abis basah stoking n kasut aku,baju pun basah jgk...huhuhu...sedihnya...cam dok kat kawasan pedalaman jeee...hehehe...tp yang paling kelakarnya ada sorang cikgu tu sanggup buang stokingnya dalam tong sampah sbb stokingnya dah basah...tapi tak plak buang kasutnya...hehehe...